Home Sukan INZAGHI RAIH TROFI SULUNG BERSAMA AL HILAL

INZAGHI RAIH TROFI SULUNG BERSAMA AL HILAL

28
0

RIYADH: Al Hilal bangkit menewaskan Al Kholood 2-1 pada final Piala Raja Saudi, awal pagi tadi sekali gus menghadiahkan trofi pertama buat jurulatih, Simone Inzaghi bersama kelab itu.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, Al Kholood terlebih dulu mengejutkan Al Hilal menerusi jaringan awal Ramiro Enrique pada minit keempat selepas penyerang Argentina itu berjaya melepasi penjaga gol, Yassine Bounou sebelum mudah menolak masuk bola.

Al Hilal kembali menyamakan kedudukan menerusi Nasser Al-Dawsari pada minit ke-42 sebelum Theo Hernandez muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan babak pertama.

Bekas bintang AC Milan itu menyempurnakan hantaran di tiang untuk melengkapkan kebangkitan Al Hilal.

Kejayaan itu menyaksikan Inzaghi meraih trofi pertama sejak mengambil alih Al Hilal.

Al Hilal kini kembali memberi fokus kepada Saudi Pro League apabila berada lima mata di belakang pendahulu, Al Nassr FC menjelang pertemuan kedua-dua pasukan Selasa ini.

Bagaimanapun, Al Hilal masih memiliki satu perlawanan dalam tangan.-Reuters, HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here