Home Luar Negara 8 MAUT, BAS BAWA PELANCONG TERJUNAM DALAM TASIK BAIKAL

8 MAUT, BAS BAWA PELANCONG TERJUNAM DALAM TASIK BAIKAL

170
0

RUSIA: Tujuh pelancong China dan seorang pemandu warga Rusia ditemukan maut oleh penyelam selepas bas mini dinaiki mereka terjunam menembusi ais hingga ke dasar Tasik Baikal di Siberia, lapor BBC.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, gabenor wilayah Irkutsk, Igor Kobzev menyampaikan, ucapan takziah paling mendalam kepada keluarga dan rakan mangsa.

Beliau sebelum ini berkata, seorang pelancong China berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian itu.

Difahamkan, kedalaman di lokasi kemalangan pada Jumaat itu ialah 18 meter (m) dan penyelam menggunakan kamera bawah air untuk mencari mayat mangsa.

Dalam pada itu, Kobzev berkata, bas mini itu dilaporkan terjatuh ke dalam rekahan ais selebar 3m.

Kobzev juga mengingatkan, berada di atas ais Tasik Baikal bukan sahaja dilarang ketika ini, tetapi juga amat berbahaya dan boleh membawa maut.

Beliau turut menggesa, pelancong supaya hanya menggunakan pengendali pelancongan rasmi.

Jelasnya, semua pelancong China, termasuk seorang kanak-kanak berusia 14 tahun, melakukan perjalanan secara sendiri.

Bagaimanapun, Kobzev memaklumkan, enam individu yang terperangkap dalam kereta mereka berjaya diselamatkan dalam dua insiden berasingan pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Difahamkan, siasatan jenayah terhadap punca tragedi itu kini dijalankan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here