Home Hiburan ERYSHA EMYRA UTAMA KUALITI, HARGA MAMPU MILIK

ERYSHA EMYRA UTAMA KUALITI, HARGA MAMPU MILIK

153
0

KUALA LUMPUR: Meskipun bergelar selebriti terkenal, pelakon, Erysha Emyra, 26, tidak pernah menghadkan dirinya untuk hanya memakai pakaian mahal dan berjenama sahaja.

Memetik laporan Harian Metro, Erysha atau nama sebenar, Nur Erysha Emyra Zakaria berkata, dia sering membeli pakaian dengan harga mampu milik kerana tertarik dengan kualiti pakaian terbabit.

“Saya juga membeli baju ikut kemampuan. Orang kata ‘ukur baju di badan sendiri. Sebenarnya, saya juga pernah keluarkan duit untuk beli baju mahal dulu dan berasa sayangnya sebab hanya pakai sekali sahaja dan seperti membazir pula.

“Pada masa sama, bukan jenama yang saya pentingkan, sebaliknya keselesaan dan kualiti dengan harga mampu milik,” katanya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Bulan Bintang Next Chapter 2026 di Putrajaya di sini, baru-baru ini.

Ditanya pandangan mengenai trend baju Hari Raya Aidilfitri mahal dan berjenama, kata Erysha, perkara itu bergantung kepada kemampuan kewangan dan bajet masing-masing.

“Pada saya itu pilihan masing-masing. Ada individu yang sanggup berbelanja lebih untuk nampak cantik dan berlainan.

“Kita pun tak tahu, mungkin sebelum itu dia sudah lama menyimpan wang untuk dapatkan baju-baju itu.

“Saya pula sebaliknya ada baju yang saya suka dan masih pakai sampai sekarang. Ada baju raya yang sudah dipakai lima hingga enam tahun lalu tetapi saya masih pakai untuk pergi acara rumah terbuka,” katanya.

Kata Erysha lagi, dia juga tidak ada masalah untuk memakai baju kebaya ibunya yang masih cantik untuk digayakan.

“Ada juga baju mama yang saya pakai juga. Malah, ada kawan yang beritahu dia juga pakai balik baju kebaya ibunya kerana trend baju kebaya sekarang kembali semula dengan rekaan macam kotak-kotak seperti dulu,” kata anak dramatis terkenal, Datin Seri Noniswara Baharudin ini.

Bagaimana pun, Erysha menasihatkan supaya kita tidak perlu ikut trend sampai membebankan diri sendiri. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here