Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas seorang lelaki bergelar Tan Sri bagi membantu siasatan berkenaan penipuan pelaburan kira-kira RM300 juta.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata pihak SPRM turut menahan seorang wanita awal 50-an turut ditahan yang juga ahli Lembaga Pengarah syarikat terbabit yang berpangkalan di Kuala Lumpur, kelmarin, untuk membantu siasatan kes sama.
“Lelaki bergelar Tan Sri berusia 60-an itu ditahan ketika hadir di ibu pejabat SPRM semalam. Kita menjalankan proses rakaman percakapan beliau sebagai orang yang ditahan.
“Manakala wanita tersebut ditahan sehari sebelum itu,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media, di sini, hari ini.
Katanya SPRM memperoleh kebenaran perintah reman selama empat hari terhadap suspek berkenaan di mahkamah Putrajaya, pagi tadi, bagi membantu siasatan lanjut.
Azam berkata suspek diepercayai terbabit dalam penipuan pelaburan berskala besar.
Beliau berkata suspek adalah daripada sektor swasta dan kegiataan berkenaan dipercayai berlaku sejak dua tahun lalu.
“Tan Sri ini dipercayai membabitka isu pelaburan wang yang disyaki disalahgunakan.
“Wang pelaburan berkenaan dipercayai telah dipindahkan, termasuk kemungkinan dimasukkan ke akaun peribadi,”katanya.
IMedikel TV






