Home Sukan IVANOVIC FAIL PERCERAIAN TERHADAP SCHWEINSTEIGER

IVANOVIC FAIL PERCERAIAN TERHADAP SCHWEINSTEIGER

193
0

MUNICH: Memetik laporan menerusi Berita Harian, Ana Ivanovic dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Bastian Schweinsteiger selepas beliau dikatakan terbabit dengan skandal curang di luar rumah.

Bekas bintang Manchester United itu dan pasangannya dipercayai berpisah kali pertama awal tahun ini.

Pasangan berkenaan sudah berkahwin selama sembilan tahun sebelum berpisah, selepas kali pertama bertemu pada tahun 2014.

Mereka melangsungkan perkahwinan pada 2016 di Venice, Itali, setahun selepas Schweinsteiger menyertai United.

Akhbar Jerman Bild melaporkan Ivanovic, 38, memfailkan perceraian bulan lalu di Mahkamah Daerah Munich.

Bekas pemain tenis itu juga dilaporkan memfailkan tuntutan nafkah anak mereka di Palma de Mallorca, Sepanyol.

Beliau menetap di bandar Sepanyol itu bersama tiga anak lelaki mereka, Luka, Leon dan Teo.

Wakil Ivanovic, Christian Schertz mendedahkan pada Julai pasangan itu berpisah kerana “perbezaan yang tidak dapat didamaikan”.

Pada Jun, laporan di Jerman menyatakan Schweinsteiger dilihat mencium seorang wanita yang dikatakan teman baharunya.

Difahamkan mereka saling mengenali kerana anak-anak mereka bersekolah di tempat yang sama.

Akhbar Jerman menamakan wanita itu sebagai “Silva”, dipercayai berasal dari Bulgaria.

Bild mendakwa hubungan sulit itu bermula pada musim panas 2024.

Majalah Bunte melaporkan Ivanovic bersedia memaafkan Schweinsteiger tetapi ia tidak berlaku kerana beliau menyatakan mahu “hidup bebas”.

Schweinsteiger dan Ivanovic kali terakhir dilihat bersama pada kejohanan Piala Laver pada September 2024. Mereka juga berkongsi gambar di Instagram semasa membeli-belah di pasar Krismas pada Disember.

Schweinsteiger, 41, beraksi setahun setengah dengan Red Devils dan memenangi Piala FA pada 2016 sebelum berpindah ke MLS bersama Chicago Fire dan bersara pada 2019. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here