Home Luar Negara TANDAS EMAS KARYA SENIMAN ITALI DIJUAL AS$12 JUTA

TANDAS EMAS KARYA SENIMAN ITALI DIJUAL AS$12 JUTA

NEW YORK: Tandas emas rekaan seniman Itali, Maurizio Cattelan, dijual pada harga AS$12.1 juta pada satu lelongan di New York, menurut rumah lelongan Sotheby’s hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Memetik laporan Bernama-dpa menerusi Berita Harian, tandas itu diperbuat daripada kira-kira 101 kilogram (kg) emas 18 karat dan berfungsi sepenuhnya.

Harga permulaan ditentukan berdasarkan harga emas pada hari lelongan, menurut Sotheby’s sebelum acara jualan berkenaan.

Pada Selasa, 101kg emas 18 karat bernilai kira-kira AS$10 juta.

Cattelan, 65, menghasilkan dua versi tandas itu pada 2016 dan menamakan kedua-duanya sebagai “America.”

Satu daripadanya dipamerkan di Muzium Guggenheim di New York sebelum ia dicuri pada 2019 dari Istana Blenheim di England ketika ia dipinjamkan untuk pameran.

Versi kedua dijual kepada seorang pengumpul persendirian, yang kini bakal melelongnya.

Menurut laporan media Amerika Syarikat (AS), pengumpul itu ialah bilionair Steve Cohen.

Menurut rumah lelongan itu lagi, sebuah jenama terkenal dari Amerika memenangi bidaan tersebut.

Cattelan dikenali sebagai seniman yang terkenal dengan hasil seni konseptual dan provokatif.

Tahun lalu, sebiji pisang yang dilekatkan pada dinding menggunakan pita pelekat juga hasil karyanya dijual pada harga AS$6.2 juta di New York. – BERNAMA-dpa, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here