Home Sukan PEREZ MUNCUL PEMAIN PERANCIS PERTAMA SERTAI LIGA LIV GOLF

PEREZ MUNCUL PEMAIN PERANCIS PERTAMA SERTAI LIGA LIV GOLF

WASHINGTON: Victor Perez muncul pemain Perancis pertama menyertai Liga LIV Golf yang disokong Arab Saudi selepas menarik diri daripada acara terakhir kempen musim luruh Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, pemain berusia 33 tahun itu sepatutnya beraksi dalam RSM Classic di Sea Island Golf Club, Georgia, minggu ini, tetapi menarik diri sejurus sebelum pengumuman dibuat beliau adalah pemain terbaharu menyertai pasukan Cleeks dalam LIV bagi musim 2026.

Perez, yang berada di ranking ke-120 dunia sedang berjuang untuk mengekalkan status bermain bagi tahun depan.

Dia berada di kedudukan ke-108 dalam carta mata musim luruh PGA dan perlu melonjak ke kelompok 100 terbaik menerusi keputusan minggu ini untuk mengekalkan hak penuh bagi 2026.

Sebaliknya, dia memilih untuk menyertai LIV Golf dan akibatnya tidak lagi layak bertanding dalam acara Jelajah PGA AS, satu bentuk larangan yang dikenakan sejak siri baharu itu dilancarkan pada Jun 2022.

Perez memenangi tiga kejohanan dalam Jelajah Dunia DP, termasuk kemenangan terbaharunya pada 2023 di Abu Dhabi.

Pencapaian terbaiknya di Jelajah PGA ialah berkongsi tempat kesembilan di Terbuka Kanada pada Jun lalu.

“Inovasi dan tenaga dalam LIV Golf sedang mendorongnya ke hadapan,” kata Perez, yang akan membuat penampilan sulungnya dalam LIV di Riyadh pada Februari.

“Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada momentum itu dan tidak sabar untuk bermula di Riyadh.”

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here