Home Politik 13 PENJURU DUN KAPAYAN, 12 DI MOYOG

13 PENJURU DUN KAPAYAN, 12 DI MOYOG

291
0

PENAMPANG: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan bakal menyaksikan pertandingan 13 penjuru manakala Moyog pula 12 penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, 29 November ini.

Memetik laporan Harian Metro, Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kapayan, Noemi Dyena Johntren dengan dibantu Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Moyog, Andresia A Lojingau mengumumkan nama calon di Pusat Kebudayaan Sabah, hari ini.

Bagi DUN Moyog, ia bakal menyaksikan pertembungan antara sekutu membabitkan Remysta Jimmy Taylor (PH) dan Joeynodd Aiko Ronald C Bansin (GRS).

Turut bertanding di DUN Moyog adalah Naib Presiden WARISAN, Terence Siambun; Timbalan Presiden (UPKO), Donald Peter Mojuntin; Joseph Suleiman (STAR Sabah); Francis Mojikon (PN), Richard Ronald Dompok (PKS) dan Walter Norbert Johnny (PBK).

Baki empat lagi calon yang bertanding adalah Cleftus Stephen Spine (PIS), Mckery Victor Ninin (KDM), Peter Maurice Lidadun dan Ricky Richard masing-masing adalah BEBAS.

DUN Kapayan pula menyaksikan pertembungan antara Chin Ling Ling (PIS), Sabariah Aziz (BEBAS), Cyril Gerald Liew (BEBAS), Kuo Lee On (PBK), Wong Kong Fooh (ANAK NEGERi) dan Bernard A Logijin (STAR SABAH).

Turut bertanding sebagai calon dalam pertandingan 13 penjuru ini adalah Edwin Jack Bosi (KDM), Lasius Miki (PEJUANG), Len Lip Fong (BEBAS), Jannie Lasimbang (PH), Chin Tek Ming (WARISAN), Billy Joe Dominic (UPKO) dan Sylvester Molukun (ASPIRASI).  – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here