Home Hiburan SAYA TAK SANGKA AKAN DICERAIKAN LAGI – ISTERI NUBHAN

SAYA TAK SANGKA AKAN DICERAIKAN LAGI – ISTERI NUBHAN

222
0

SEPANG: “Saya masih sayangkan keluarga saya,”

Memetik laporan Berita Harian, demikian luahan Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36, yang juga isteri kepada penyanyi dan usahawan, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, selepas berakhirnya ikatan rumah tangga mereka.

Afifah yang juga doktor gigi mengakui terkejut apabila diceraikan suaminya pada 26 Ogos lalu, sewaktu berada di dalam kereta selepas mereka keluar menikmati makan malam bersama.

Menurut Afifah, dia tidak menyangka lafaz cerai akan diulangi semula selepas kejadian pertama pada 2017, ketika dirinya sedang mengandung anak sulung enam bulan.

“Malam itu dia ajak saya makan malam bersama. Dalam perjalanan pulang ke rumah, suami tiba-tiba lafazkan cerai.

“Saya memang sangat terkejut dan tak sangka perkara itu akan berlaku lagi, sebab tiada sebarang pergaduhan besar pun,” katanya ditemui sejurus selesai prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, hari ini.

Afifah memaklumkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak lafaz cerai dibuat.

Ketika ditanya sama ada Nubhan ada berusaha memujuk atau memperbaiki keadaan selepas berpisah, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tak boleh komen tentang itu, cuma kami masih berhubung mengenai anak-anak,” katanya.

Mengenai tindakan tidak mendaftarkan cerai serta rujuk selepas perceraian terdahulu, Afifah menjelaskan urusan itu sepatutnya dikendalikan suaminya.

“Itu sepatutnya Nubhan yang uruskan,” ujarnya.

Mengulas mengenai hubungannya dengan ibu mentua atau dikenali sebagai Mak Jenny, dia berkata mereka tidak lagi berhubung sejak dia dan Nubhan tinggal berasingan.

“Sejak tak tinggal sebumbung, memang saya dan ibu mentua langsung tak berhubung secara langsung.

“Saya pun tak tahu bila ibu mentua dimaklumkan mengenai perceraian kami,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan anak-anak terhadap perubahan itu, Afifah berkata anak-anak tidak terlalu menunjukkan reaksi kerana sudah terbiasa dengan kesibukan bapa mereka.

“Sejak bapa mereka jarang balik rumah, anak-anak pun dah terbiasa dengan keadaan begitu,” katanya.

Terdahulu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada 2 September lalu.

Hakim Tuan Muhamad Nazri Basrawi menetapkan 2 Disember depan untuk perbicaraan pertama dan keterangan utama pihak plaintif.

Pasangan itu sebelum ini sering berkongsi kebahagiaan rumah tangga di media sosial, menyebabkan tindakan Nubhan mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here