Home Hiburan ‘TAK BOLEH SELFISH UNTUK MAJUKAN INDUSTRI FILEM’ – YUSOF HASLAM

‘TAK BOLEH SELFISH UNTUK MAJUKAN INDUSTRI FILEM’ – YUSOF HASLAM

293
0

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam tidak mahu bersikap mementingkan diri demi memajukan industri perfileman tanah air.

Memetik laporan Harian Metro, justeru, Yusof, 71, menerusi Skop Productions berkolaborasi dengan My Way Pictures, Astro Shaw serta Primeworks Studios dalam penghasilan filem Qifarah yang akan disiarkan di pawagam bermula esok.

“Kalau kita nak berkembang kita tak boleh ‘selfish’ dan kena bergabung macam yang kami buat sekarang. Kita kena bekerjasama untuk berjuang dalam industri yang penuh cabaran.

“Kita tak tahu soal ‘market’ dan buat sehabis daya. Serahkan soal rezeki dan nasib kepada Allah SWT. Saya bergabung ini bukan apa, sebab saya tak mahu ambil risiko.

“Kadang-kadang walaupun bajet kecil, kadangkala kita boleh buat sendiri. Tapi kawan-kawan ‘lambai’ untuk buat sama,” katanya pada Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Qifarah di GSC Midvalley, di sini, malam tadi.

Qifarah, filem horror thriller sulung arahan Ghaz Abu Bakar menampilkan barisan pelakon popular tanah air antaranya Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Liyana Jasmay, Namron dan ramai lagi.

Yusof berkata, dia tidak boleh menjadi orang yang tamak dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan penerbit lain.

“Kita tak tahu, apatah lagi filem yang bajet besar RM5, RM6 juta. Macam cerita Syerif RM7 juta. Ada yang sampai RM10 juta, RM13 juta. Dia tak menjanjikan apa-apa, tapi kita buat sehabis daya.

“Ada orang kata dengan saya, kenapa awak pergi kongsi (terbit filem ini)? Kalau tak, awak sudah boleh kaut RM10, 17 juta untuk Syerif dan Blood Brothers.

“Buat apa awak kongsi? Saya cakap, kenapa kita nak makan seorang, saya tak pernah begitu. Kalau kita jadi manusia tamak, Tuhan tak beri rezeki,” katanya.

Katanya, dia mengamalkan konsep kerjasama untuk filem ini dan sekiranya berjaya, ia adalah sesuatu yang menggembirakan.

“Kita bahagi dua pun katakan, kita masih ‘make profit’ (dapat untung). Tak usah kita nak jadi selfish (penting diri),” katanya.

Yusof berkata, walaupun dihasilkan dengan bajet yang terhad, filem Qifarah ini ada ‘sesuatu’ untuk ditampilkan.

“Bagi saya sebenarnya bajet juga tidak menjanjikan kejayaan, kadang-kadang ada filem bajet kecil macam Babah, tapi dapat sambutan.

“Benda-benda ini bergantung juga kepada soal rezeki. Ada filem baik yang ditayangkan, tapi tidak dapat sambutan.

“Kalau kita buat filem semata-mata untuk laku, ini dijamin laku, saya tak tahu. Tapi kami cuba yang terbaik, jadi kita serahkan kepada penonton untuk menilai,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here