Home Segmen Kesihatan KUKU KAKI HITAM AKIBAT DARAH BEKU ANCAM KEYAKINAN DIRI

KUKU KAKI HITAM AKIBAT DARAH BEKU ANCAM KEYAKINAN DIRI

446
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Kuku kaki yang hitam selepas terjadinya darah beku mengancam keyakinan bagi sesetegah individu kerana kelihatan seperti tidak menjaga kebersihan diri.

Secara saintifiknya, pembentukan darah beku di kuku dikenali sebagai ‘subungual hematoma’, yang mana boleh menyebabkan perubahan warna kuku menjadi gelap, sakit dan sebagainya.

Keadaan ini berlaku apabila saluran darah pecah dan darah menjadi bocor di kawasan kuku apabila kaki terlanggar sesuatu atau terdapat objek terjatuh pada kaki.

Menurut perkongsian portal hellodoktor, antara tanda-tanda darah beku di kuku adalah warna kuku menjadi merah atau ungu dan berubah menjadi coklat gelap kemudian kehitaman.

Selain itu, individu yang mengalami masalah ini akan merasa sakit yang berdenyut akibat  tekanan darah yang terkumpul di bawah kuku sehingga menyebabkan kuku terasa sakit apabila disentuh.

Jadi rawatannya adalah, kita boleh merawat masalah itu di rumah dengan cara meninggikan kedudukan kaki yang terjejas untuk mengurangkan bengkak.

Selain itu, tuam dengan balutan ais pada tempat yang terjejas, serta membalut kuku di sekelilingnya untuk mengurangkan pendarahan, dan mengambil ubat ‘analgesics’di klinik untuk melegakan kesakitan.

Bagi rawatan perubatan pula, prosedur untuk menyingkirkan ‘subungual hematoma’ dikenali sebagai trephination.

Kaedah itu dilakukan menggunakan alat tajam untuk menebuk kuku, lubang-lubang kecil boleh dihasilkan untuk mewujudkan saluran untuk darah beku keluar.

Sebelum prosedur, doktor akan menggunakan larutan antiseptik, seperti Povidone-iodin di atas kuku.

Povidone-iodin adalah antiseptik yang digunakan untuk membasmi kuman pada kulit sebelum dan selepas pembedahan.

Setelah itu proses pengeringan dilakukan dengan teknik seperti:

  1. Jarum: jarum perubatan digunakan untuk menghasilkan lubang pada kuku.
  2. Electrocautery: wayar yang dipanaskan ditekan pada kuku untuk menembusi lapisan kuku.
  3. Klip kertas: hujung klip kertas yang tajam akan dipanaskan dan ditekan pada kuku.

Selesai proses pengeringan, doktor akan meletakkan krim antibiotik ke atas kuku dan menutupnya dengan pembalut kecil.

Kuku yang dirawat akan tercabut beberapa minggu pasca prosedur.

Bagaimanapun, kuku akan tumbuh semula dalam tempoh lapan minggu ke enam bulan.

Namun, isi kuku yang terjejas teruk mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here