Home Hiburan AMIRA MANIS, SOPAN PADA MAJLIS KHATAM AL-QURAN

AMIRA MANIS, SOPAN PADA MAJLIS KHATAM AL-QURAN

383
0

KUALA LUMPUR: Bakal Raja Sehari, Amira Othman, 31, tampak manis dalam persalinan jubah rona ‘nude’ pada majlis khatam al-Quran di sebuah premis acara di sini, pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, majlis dipimpin Ustazah Asni Mansor itu disiarkan Unifi TV melalui sesi ‘live update’ yang dipaparkan setiap jam mulai jam 10 pagi tadi yang dikendalikan Sissy Imann.

Antara selebriti yang dilihat hadir ke majlis khatam al-Quran itu adalah Datin Paduka Umie Aida, Betty Rahmad dan Ika Nabella.

Sementara itu, peminat memuji kejelitaan Amira yang dilihat sopan dan manis pada majlis itu.

“Masya Allah Tabarakallah, cantiknya ayu dan ‘cute’ manis manis menawan, Bertuah Abang Long (Fattah Amin) sebab Allah anugerahkan isteri secantik Kak Long,” komen seorang peminat.

Ramai peminat meluahkan rasa tidak sabar menantikan sesi ‘live’ majlis pernikahan Amira dan Fattah yang akan disiarkan secara langsung di Unifi TV, mulai jam 8 malam ini. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here