Home Luar Negara KES KEJAM: LELAKI PENGGAL KEPALA PENGURUS MOTEL KERANA ISU MESIN BASUH

KES KEJAM: LELAKI PENGGAL KEPALA PENGURUS MOTEL KERANA ISU MESIN BASUH

372
0

DALLAS, Amerika Syarikat: Seorang pengurus motel maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya dipenggal oleh seorang lelaki yang dipercayai mengamuk selepas berlaku pertengkaran, lapor Sky News.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, suspek, Yordanis Cobos-Martinez, 37, didakwa menggunakan sebilah parang untuk membunuh mangsa, Chandra Nagamallaiah, 50, dalam kejadian pada Rabu lalu.

Menurut rekod mahkamah, insiden itu didakwa berpunca daripada isu dianggap remeh iaitu pertengkaran mengenai sebuah mesin basuh yang rosak.

Pertengkaran bermula apabila mangsa meminta suspek tidak menggunakan mesin basuh itu, namun suspek menjadi marah kerana mangsa bercakap melaluinya seorang penterjemah wanita dan bukan secara terus kepadanya.

Berang dengan keadaan itu, suspek didakwa meninggalkan bilik yang sedang dibersihkannya, sebelum kembali dengan sebilah parang lalu mula menetak dan menikam mangsa.

Mangsa yang dalam kesakitan cuba melarikan diri sambil menjerit, namun suspek terus mengejarnya sehingga ke pejabat depan motel berkenaan.

Isteri dan anak lelaki mangsa yang menyaksikan kejadian itu cuba menghalang amukan suspek tetapi mereka ditolak dengan kasar.

Suspek kemudian didakwa mengambil kad kunci dan telefon bimbit dari poket mangsa sebelum meneruskan serangan kejam itu “sehingga kepalanya terpisah dari badan.”

Dalam tindakan yang lebih tidak berperikemanusiaan, dia kemudian didakwa membuang kepala mangsa ke dalam sebuah tong sampah.

Susulan kejadian, Cobos-Martinez berjaya ditahan oleh pihak polis ketika dia cuba melarikan diri dari lokasi kejadian.

Siasatan lanjut mendedahkan bahawa suspek adalah seorang warga Cuba dan pendatang tanpa dokumen, yang sepatutnya sudah diusir dari Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri mengesahkan suspek terpaksa dibebaskan di bawah perintah pengawasan pada Januari lalu kerana negara Cuba enggan menerimanya pulang disebabkan sejarah jenayah lampaunya. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here