Home Buletin Semasa TRUMP TANGGUH KENAIKAN TARIF CUKAI KEPADA NEGARA ASEAN TERMASUK MALAYSIA

TRUMP TANGGUH KENAIKAN TARIF CUKAI KEPADA NEGARA ASEAN TERMASUK MALAYSIA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

BACHOK: Peningkatan cukai yang dikenakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, baru-baru ini membimbangkan seluruh negara termasuk Malaysia.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Trump menangguhkan cukai tersebut kepada beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia.

“Dalam kita menghadapi keputusan Trump yang terbaru yang menetapkan tarif yang tinggi iaitu cukai yang tinggi untuk kemasukan barang-barang eksport kita.

“Kita di Malaysia ini negara dagang, kita eksport dan kita minta pelaburan datang dan yang tinggi sekali dengan Amerika Syarikat. Jerman dari segi pelaburan dan negara China dari segi dagang dan pelaburan.

“Tidak semena-mena Trump meletakkan cukai yang sangat tinggi. Saya tentunya bimbang kerana kalau ini berlaku terjejas ekonomi, pelaburan dan pekerjaan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, di sini, hari ini.

Tegasnya disebabkan itu beliau menghubungi negara ASEAN dan Trump bersetuju untuk menangguhkan tekanan itu buat sementara kepada beberapa negara ASEAN.

“Apabila dikenakan tarif yang tinggi kepada negara China, ini akan membuatkan dagangan kita dan pelaburan dari negara itu akan terjejas.

“Namun saya bersyukur kerana keputusan kita bersamaASEAN mantap. Dan mereka memberi mandat kepada saya untuk berunding dengan Amerika Syarikat dan dalam beberapa hari lagi Presiden China, Xi Jinping akan membuat lawatan dan kunjungan rasmi ke Malaysia dan kita akan beri pengakuan,”katanya.

Katanya bagaimanapun Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara China.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here