Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
BACHOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia bakal mencipta sejarah baharu apabila julung kali menjadi tuan rumah bagi Persidangan ASEAN-GCC pada akhir Mei depan.
“Ini kali pertama kita menganjurkan sidang Ketua-ketua Negara ASEAN bersama Ketua-ketua Negara Teluk Arab termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Kuwait, Oman, Bahrain dan Iraq.
“Kita juga jemput negara China dan kemungkinan besar Perdana Menter China, Li Qiang akan turut hadir.
“Disebabkan pertumbuhan ekonomi yang begitu baik, kita mendapat perhatian dunia dan akan mengadakan sidang di sini.
“Kita bersikap secara terbuka. Tetapi terpulang kepada kita untuk menonjolkan keupayaan kita. Negara ini harus bersih dan jangan izinkan ketirisan dan rasuah,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, di sini, hari ini.
IMedikel TV






