Home Segmen Kesihatan LELAKI LEMAH BATIN, APA PERLU BUAT?

LELAKI LEMAH BATIN, APA PERLU BUAT?

202
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Lelaki biasanya jarang mengutarakan atau membincangkan hal kesihatan dalaman khususnya masalah batin.

Mungkin mereka lebih suka memilih untuk berdiam diri dan hanya membuat carian di internet kerana segan atau malu.

Namun, bagi lelaki yang mempunyai masalah lemah batin, anda sepatutnya tidak perlu malu malah perlu membuat rawatan atau berjumpa dengan pakar untuk mengenal pasti masalah tersebut.

Secara tidak langsung jika masalah ini tidak dirawat mungkin boleh menjejaskan keyakinan diri dan hubungan bersama pasangan.

Penulis akan berkongsi antara punca lelaki lemah batin hasil carian di laman web yang boleh dipercayai.

  1. Masalah kesihatan – Penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi
  1. Tekanan dan emosi – Stres, kemurungan, dan kebimbangan boleh mengganggu fungsi seksual.
  2. Gaya Hidup Tidak Sihat – Merokok, pengambilan alkohol berlebihan, kurang bersenam, dan pemakanan tidak seimbang boleh menyumbang kepada masalah ini.
  3. Kesan Ubat – Sesetengah ubat seperti ubat tekanan darah dan antidepresan boleh memberi kesan sampingan terhadap keupayaan seksual.

Apa Yang Lelaki Perlu Buat?

1. Jumpa Doktor – Dapatkan pemeriksaan kesihatan untuk mengenal pasti punca sebenar masalah.

2. Amalkan Pemakanan Sihat – Ambil makanan yang kaya dengan antioksidan, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dan ikan berlemak.

3. Bersenam Secara Konsisten – Aktiviti fizikal seperti berjalan laju, berenang, dan latihan kekuatan dapat membantu meningkatkan aliran darah.

4. Kurangkan Stres – Lakukan aktiviti seperti meditasi, yoga, atau terapi untuk mengurangkan tekanan.

5. Hentikan Merokok & Kurangkan Alkohol – Kedua-duanya boleh merosakkan saluran darah dan mengganggu fungsi ereksi.

6. Dapatkan Tidur Cukup – Kurang tidur boleh mengganggu hormon testosteron dan tenaga keseluruhan badan.

    Menurut portal hellodoktor terdapat beberapa herba yang boleh meningkatkan tenaga batin anda. Mungkin anda boleh mencubanya.

    1. Ginseng merah
    2. Halia putih
    3. Ginko biloba
    4. Yohimbine, sejenis herba yang berasal dari Afrika Barat ini sudah digunakan sejak zaman berzaman lagi untuk menyelesaikan masalah tenaga batin lelaki.
    5. Maca atau nama saintifiknya Lepidium meyenii yang berasal dari Peru ini sangat tinggi dengan kandungan asid amino, zat besi, iodin dan magnesium.

    IMedikel TV

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here