Home Buletin Semasa LELAKI TERSEPIT DALAM KEMALANGAN BABITKAN DUA KENDERAAN

LELAKI TERSEPIT DALAM KEMALANGAN BABITKAN DUA KENDERAAN

159
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Seorang lelaki tersepit di dalam keretanya dalam kemalangan di Jalan Tok Bok, Kampung Banggol Pak Esah, di sini, pagi tadi.

Manakala seorang lagi mangsa lelaki berumur 40 tahun cedera ringan.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) II KUP Hasmeejohn Johari, dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan melalui sistem MERS memaklumkan terdapat kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kereta kira-kira jam 8.00 pagi tadi.

“Kami dimaklumkan terdapat mangsa yang berumur 28 tahun tersepit  di dalam kereta. Kami mengarahkan lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh ke lokasi kejadian untuk tindakan.

Komander Operasi lapor benar kemalangan tersebut melibatkan dua buah kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Wira bertembung di bahagian hadapan mengakibatkan seorang pemandu Perodua Myvi tersepit manakala seorang pemandu Proton Wira hanya cedera ringan,”katanya dalam kenyataan.

Komander Operasi lapor mangsa Perodua Myvi dikeluarkan dari kenderaan oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pihak ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Pasir Puteh untuk tindakan lanjut. IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here