Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Jika masuk bulan Ramadan, sudah tentu aktiviti kesukanan sedikit terbatas.
Ya, sudah tentu ramai dalam kalangan kita yang sebelum ini suka bersenam termasuk pergi ke gym, Zumba, aerobik, jogging dan sebagainya dikurangkan malah ada yang berhenti terus.
Namun, sebenarnya terdapat beberapa senaman ringkas yang diboleh dilakukan individu yang suka bersenam.
Untuk artikel kali ini, penulis akan kongsikan beberapa senaman yang anda boleh cuba walaupun sedang berpuasa.
Perkongsian itu penulis ambuil daripada perunding kecergasan, Kevin Zahri di Tiktoknya baru-baru ini.

Bagi mereka yang ingin kekal sihat dan membakar di bulan Ramadan boleh lakukan lima senaman pilihan tersebut.
- Brisk walking
- Di bulan puasa ini, kalau anda tidak mahu membeli juadah di bazar Ramadan pun tidak menjadi masalah, mungkin anda boleh jalan-jalan atau brisk walking untuk tawaf satu bazar, satu hari di tempat anda. Dah alang-alang tawaf, dekat tangan mesti ada sesuatu kan?
2. Zumba/senamrobik
- Boleh lakukan Zumba atau senamrobik, tetapi yang ringan-ringan sahaja, jangan berlebihan kerana dikhuatiri penat.
3. Senaman intensiti rendah (LIIT)
- Anda boleh lakukan senaman yang berintesiti rendah (LIIT) seperti tekan tubi, senaman mencangkung (squats), planks dan lompat bintang.
4. Sukan ringan
- Ini termasuk badminton, pickleball yang boleh bermain untuk seisi keluarga.
5. Berlari perlahan (slow jog)
- Berlari perlahan selama 30 minit sebelum berbuka puasa.
IMedikel TV






