Home Buletin Semasa MEKANIK JUAL TEBU CECAH 5,000 BATANG SEHARI

MEKANIK JUAL TEBU CECAH 5,000 BATANG SEHARI

299
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KETEREH: Siapa sangka tanaman tebu seluas 0.8 hektar dapat memberi pulangan lumayan kepada seorang mekanik apabila mampu menjual tebu sehingga mencecah 5,000 batang sehari.

Nik Faris Ab Aziz, 53 ketika ditemui berkata, dia sudah mengusahakan tanaman tebu sejak 10 tahun lalu secara sambilan namun tidak sangka mendapat permintaan luar biasa daripada peniaga air tebu pada Ramadan ini.

“Memang setiap hari peniaga air tebu akan datang mengambil tebu untuk dijual dan kuantiti tebu yang terjual dalam sehari ada yang mencecah 5,000 batang.

“Biasanya mereka akan datang mengambil tebu pada jam 9 pagi,” katanya ketika ditemui di kebun tebu miliknya di Kampung Jal, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, setakat ini pelanggan yang mengambil tebu dengannya adalah dari kalangan peniaga di sekitar Kelantan termasuk Bachok, Pasir Mas, Machang, Pasir Putih dan Kota Bharu.

Nik Faris berkata antara tanaman tebu yang diusahakan adalah Tebu Telor, Tebu Hitam, Tebu Ragnar dan Tebu Kuning.

“Dalam ramai-ramai peniaga yang mengambil tebu dengan saya, mereka lebih gemar akan Tebu Hitam kerana rasanya yang manis, Tebu Telor pula kelebihannya adalah warna air yang lebih cantik.

“Sebelum ini saya jual tebu dengan harga RM2, tetapi tahun ini saya jual dengan harga RM2.50 berikutan kos harga baja dan racun tanaman meningkat dan alhamdulillah pemborong juga faham akan keadaan semasa,” katanya.

Jelasnya, cuaca tidak menentu menjelang Ramadan baru-baru ini menimbulkan kerisauan kerana ia memberi kesan terhadap tanamannya memandangkan tempoh matang tebu adalah selama 10 bulan.

Dalam pada itu, Nik Faris yang juga bapa kepada lima anak berkata, selain menjual tebu batang, dia juga menjual air tebu di sekitar kediamannya dan dibantu isteri serta dua anaknya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here