Home Buletin Semasa PENIAGA BAZAR DILARANG JUAL MAKANAN PERANGAT

PENIAGA BAZAR DILARANG JUAL MAKANAN PERANGAT

130
0

Oleh: Nik NurZakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Menjelang Ramadhan tidak lama lagi, sudah tentu ramai yang sudah membuat persiapan termasuk bagi peniaga bazar.

Namun, peniaga bazar diingatkan agar tidak menjual makanan yang sudah dipanaskan untuk dijual kepada pelanggan mereka demi menjamin kesihatan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah, berkata peniaga bazar bukan sahaja perlu menggunakan tapak sebaik mungkin untuk berniaga malah perlu memastikan makanan yang dijual sentiasa berkualiti.

“Peniaga bazar jangan menjual makanan yang sudah dipanaskan, pastikan makanan yang dijual berkualiti, bersih dan segar. Ini kerana makanan yang dipanaskan juga boleh menjejaskan kesihatan.

“Peniaga bazar perlu menjaga kebersihan untuk memastikan makanan yang disediakan berkualiti,”katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Madinah Ramadhan, di sini, hari ini.

Menurutnya pihaknyaakan sentiasa membuat pemantauan kesihatan di bazar supaya garis panduan dipatuhi.

“Paling penting adalah perlu menjaga kebersihan, pemantauan kesihatan kita jalankan tetapi bersih, makanan berkaulitidan layan kepada pelanggan perlu dititik beratkan.

“Bagi peniaga atau pengendali makanan untuk suntikan Typhoid, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan menjalankan siasatan dan pemantauan berkala.

“Mereka akan membuat pemeriksaan bagi peniaga bazar,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Hilmi berkata masalah sampah di bazar sentiasa berlaku setiap tahun, justeru pihaknya sudah merancang untuk menambah baik dari segi jadual kerja.

“Bagi tapak swasta kita serahkan kepada pengurusan swasta. Bagi kita pula kita buat peningkatan dari segi jadual kerja.

“Masalah sampah di bazar berlaku akibat peningkatan dalam jual beli makanan di bulan Ramadhan, jadi disebabkan itu berlaku peningkatan sisa buangantermasuk plastik, kotak dan sebagainya. Jadi pihak berkenaan akan bekerja lebih masa bagi memastikan bandar kita ni bersih sepanjang 30 hari Ramadhan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya sudah merangka jadual kerja bagi menghadapi bulan Ramadhan dan perayaan Aidilfitri.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here