Home Buletin Semasa LIMA LELAKI DITAHAN DISYAKI CUBA SELUDUP 88,000 BIJI KELAPA

LIMA LELAKI DITAHAN DISYAKI CUBA SELUDUP 88,000 BIJI KELAPA

199
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Lima lelaki ditahan dipercayai menyeludup 88,000 biji kelapa di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, di sini, pada Isnin.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata kegiatan penyeludupan kelapa yang dikesan pada jam 12.30 tengah hari apabila menahan dua buah treler disyaki menyeludup kelapa.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat anggaran hampir 88,000 biji kelapa ditemui di dalam lori dan kawasan stor tersebut tanpa dokumen dan lesen pembelian kelapa yang sah. Kelapa ini dipercayai untuk diseludup masuk ke Thailand.

“Semua suspek berumur dari 26 hingga 43 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup kelapa tersebut ke negara Thailand.,”katanya dalam kenyataan.

Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM2.13 juta termasuk kenderaan dan kes disiasat di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (FAMA).

Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke FAMA untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here