Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Sebuah rumah di Padang Enggang, di sini, musnah dalam kebakaran dalam, malam tadi.
Menurut Komander Operasi, Zainal Fitri Husain dalam satu kenyataan, pihaknya menerima panggilan melalui sistem MERS 999 kira-kira jam 8.04 malam.
”Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim dan lapan dari BBP Tunjong diarahkan ke tempat kejadian.
”Didapati benar berlaku kebakaran membabitkan sebuah rumah satu tingkat jenis separuh kekal berkeluasan 40×80 dengan kemusnahan 70 peratus di Lorong Masjid Padang Enggang, di sini,”katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut Zainal Fitri operasi pemadaman dilakukan dengan dua aliran empat pancutan menggunakan pam angkut dari sumber air terbuka.
”Kebakaran dapat dikawal pada jam 8.32 malam dan operasi tamat jam 9.55 malam.
”Tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu,”katanya.
IMedikel TV






