Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
BACHOK: Seorang warga emas ditemukan lemas di Pantai Irama Bachok, di sini, hari ini.
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Zamizi Mohamad dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan terus ke balai kira-kira jam 9.49 pagi tadi berhubung kejadian itu.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) mengarahkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.
“Sampai di lokasi komander operasi lapor, benar seorang lelaki berumur 63 tahun telah pun ditemui oleh orang awam,”katanya dalam kenyataan.
Menurutnya operasi tamat kira-kira jam 10.49 pagi.
Mohd Zamizi berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
IMedikel TV






