Home Luar Negara JONG UN BERIKRAR UNTUK MEMBANGUNKAN LAGI KUASA NUKLEAR KOREA UTARA

JONG UN BERIKRAR UNTUK MEMBANGUNKAN LAGI KUASA NUKLEAR KOREA UTARA

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengkritik kerjasama ketenteraan tiga hala dalam kalangan Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Korea Selatan kerana meningkatkan ketegangan di rantau itu dan berikrar tindakan balas, termasuk pembangunan lanjut kuasa nuklear.

Jong Un berkata, penempatan AS bagi aset strategik nuklear, latihan perang dan kerjasama ketenteraan dengan Jepun dan Korea Selatan mengundang ketidakseimbangan ketenteraan di rantau itu dan menimbulkan cabaran besar kepada persekitaran keselamatan, lapor media kerajaan KCNA pada Ahad.

“DPRK tidak mahu ketegangan yang tidak perlu dalam situasi serantau tetapi akan mengambil tindakan balas yang berterusan untuk memastikan keseimbangan tentera serantau,” kata Jong Un semasa lawatan ke kementerian pertahanan pada Sabtu untuk memperingati hari penubuhan Tentera Daratnya.

DPRK adalah singkatan dari Democratic People’s Republic of Korea, nama rasmi Korea Utara.

Presiden AS, Donald Trump, selepas pertemuan pada Jumaat dengan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, berkata beliau akan mempunyai hubungan dengan DPRK, “kerana mereka menyatakan kebimbangan terhadap program nuklearnya.”

Kenyataan itu diberikan selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Jong Un menjelaskan sekali lagi dasar yang tidak goyah untuk membangunkan lebih banyak kuasa nuklear.

Mengenai perang Russia dengan Ukraine, Jong Un berkata tentera dan rakyat Korea Utara akan sentiasa menyokong dan menggalakkan perjuangan adil tentera dan rakyat Russia untuk mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan integriti wilayah mereka selaras dengan semangat perjanjian mengenai perkongsian strategik komprehensif antara Korea Utara dan Russia.

Bulan lalu, Korea Selatan berkata ia mengesyaki Korea Utara bersiap sedia untuk menghantar lebih banyak tentera ke Russia, selain kira-kira 11,000 askar yang sudah dihantar untuk perang selama tiga tahun itu. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here