Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Bumbung Pusat Dialisis Hospital Pasir Mas runtuh dalam kejadian pada Rabu kira-kira jam 11.47 malam tadi.
Menurut Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azmi Husin, pihaknya menerima panggilan melalui Sistem Mers 999 memaklumkan terdapat runtuhan bangunan di hospital berkenaan.
“Seramai lapan anggota termasuk pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas bergegas ke lokasi kejadian.
“Kita dapati memang berlaku runtuhan bumbung membabitkan pusat dialisis hospital berkenaan,”katanya dalam kenyataan.

Katanya bagaimanapun pemeriksaan di lokasi mendapati tiada sebarang letupan atau pergerakan tanah.
“Pemeriksaan lanjut sudah dilakukan di dalam bangunan tersebut bagi memastikan tiada kebakaran dan secara keseluruhannya situasi berkenaan tidak membabitkan kecederaan individu.
“Namun pemeriksaan di lokasi mendapati tiada sebarang letupan atau pergerakan tanah berlaku.
Beliau berkata, pada masa sama pihaknya turut menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk pemantauan di kawasan berkenaan.
IMedikel TV






