Home Buletin Semasa PGA RAMPAS LEBIH 2,000 ANAK POKOK SELUDUP

PGA RAMPAS LEBIH 2,000 ANAK POKOK SELUDUP

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara merampas lebih 2000 anak pokok bunga pelbagai jenis selepas menahan seorang lelaki di hadapan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), di sini, pada 12.20 tengah malam semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan semasa memandu sebuah lori dalam keadaan mencurigakan menerusi Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 2000 anak pokok bunga pelbagai dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam lori tersebut.

“Pelbagai jenis anak pokok bunga ditemui antaranya jenis Willow, Lavender, Texas Sage, Oleander dan lain-lain lagi Tanaman itu disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit.

“Suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup tanaman tersebut ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM1,250,000 termasuk kenderaan,”menurutnya dalam kenyataan.

Katanya kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5.    

Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here