MADINAH: Katanya, kapal tangki itu masing-masing membawa sehingga 20 tan air.
“Daripada 400 tan itu, sebanyak 14,000 bekas air zam zam diagihkan kepada jemaah dan 10,000 dalam bekas lebihan.
“Setibanya di Madinah, pemantau pentadbiran bertanggungjawab memunggah dan menghantar sampel air ke makmal untuk memastikannya selamat, sebelum mengosongkan air di takungan yang ditetapkan,” katanya.
Al-ahmadi berkata, proses membekalkan air zam zam di masjid itu dipantau oleh 520 pekerja dan penyelia yang dilatih untuk melayani pengunjung Masjid Nabawi.
Terdapat tiga pusat untuk mengagihkan botol air zam zam sekali guna yang diberikan kepada pengunjung oleh petugas yang membawa beg galas atau diangkut dengan 80 kereta sorong biasa dan 20 kereta sorong elektrik.
Selain itu, tambahan sebanyak 10 treler mengangkut bekas yang disterilkan tiga kali sehari sebelum diisi semula.
Sebelum ini, pihak berkuasa di Arab Saudi turut memperkenalkan robot khusus untuk mengagihkan air zam zam kepada pengunjung Masjidilharam dan Masjid Nabawi, Madinah.
Presiden umum untuk hal ehwal dua masjid suci berkata, langkah itu dibuat seiring dengan perkembangan terkini dalam kecemerlangan perkhidmatan Global.
Robot itu, yang boleh mengedarkan 30 botol dalam satu pusingan memperoleh paten penempatan dan Pemetaan Serentak (SLAM) dengan ciri amaran awal dan penghantaran suara.
Ia juga boleh ‘Bekerja’ antara lima hingga lapan jam tanpa bantuan manusia dan dengan ciri pengecasan bateri yang cepat dan menjimatkan tenaga.
Usaha itu sekali gus menandakan perkembangan besar dalam sejarah air zam zam.
Sumber: BH Online & AGENSI
Imedikel TV






