Home Buletin Semasa DUA BERANAK DITAHAN TERBABIT KES EDAR 40 KG DADAH GUNA KHIDMAT KURIER

DUA BERANAK DITAHAN TERBABIT KES EDAR 40 KG DADAH GUNA KHIDMAT KURIER

148
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Dua beranak yang disyaki terbabit dengan kes pengedaran 40 kilogram dadah ditahan polis dalam satu serbuan di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang, Sabtu lalu.

Menerusi serbuan jam 1 tengahari itu, polis mengesan dua beranak itu mengedar dadah menggunakan khidmat kurier dan berselindung di sebalik kedai buah-buahan serta insurans kenderaan untuk masuk ke negara jiran.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, dua beranak terbabit melibatkan seorang bapa berusia 45 tahun manakala seorang lagi anaknya berusia 25 tahun.

“Berdasarkan siasatan, polis menemui satu bungkusan plastik mengandungi 40kg tumbuhan kering dipercayai dadah jenis ganja bernilai RM120,000 di belakang kedai buah miliknya itu.

“Selain itu, kita turut menyita beberapa barangan lain termasuk sebuah kereta proton dan sebuah motosikal serta wang tunai berjumlah RM160,000.

“Kesemua dadah itu dipercayai untuk pasaran tempatan dan berpotensi merosakkan kira-kira 80,000 penagih dadah,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di IPK, di sini hari ini.

Katanya, suspek pertama iaitu bapa bertindak sebagai koordinator manakala anaknya sebagai ‘runner’.

Tambahnya, pihak polis turut menyita sebuah kereta dan motosikal serta wang tunai berjumlah RM160,000, empat utas jam tangan pelbagai jenama dan pelbagai barang emas membabitkan keseluruhan rampasan termasuk dadah bernilai hampir RM1 juta.

Katanya, kedua-dua suspek direman selama lapan hari bermula Ahad hingga Sabtu ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here