Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini memaklumkan Amaran Hujan Berterusan (BURUK) berlaku di Kelantan membabitkan beberapa kawasan di Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai sehingga esok.
Di Terengganu pula melibatkan keseluruhan kawasan manakala Pahang amaran yang sama dikeluarkan di kawasan Kuantan.
Dalam perkembangan sama, daerah lain di Kelantan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang masih kekal pada Amaran Hujan Berterusan (WASPADA).
Begitu juga daerah lain di Pahang seperti Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin serta Mersing di Johor dan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran & Sandakan) dan Kudat di Sabah.
IMedikel TV






