Home Luar Negara LELAKI CHINA DITAHAN KERANA EKSPORT SENJATA API, PELURU KE KOREA UTARA

LELAKI CHINA DITAHAN KERANA EKSPORT SENJATA API, PELURU KE KOREA UTARA

163
0

LOS ANGELES: Seorang lelaki China ditahan di California pada Selasa lalu kerana didakwa mengeksport senjata api dan peluru ke Korea Utara, kata Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS).

Shenghua Wen, 41, tinggal secara haram di AS selepas tinggal lebih masa melebihi tempoh visa pelajarnya, didakwa kerana melanggar sekatan AS yang berpanjangan terhadap Korea Utara.

Wen dan rakan kongsi yang tidak dikenali didakwa menyembunyikan senjata api dan peluru di dalam kontena perkapalan yang dihantar dari Long Beach, California melalui Hong Kong ke Korea Utara.

Jabatan Kehakiman berkata, penguat kuasa undang-undang merampas dua peranti pada Ogos di rumah Wen, yang dia rancang untuk dihantar ke Korea Utara.

Ia adalah peranti pengenalan ancaman kimia dan penerima jalur lebar genggam yang mengesan peranti curi dengar.

Pada September lalu, penguat kuasa undang-undang merampas 50,000 butir peluru 9mm yang didakwa diperoleh Wen untuk dihantar ke Korea Utara, kata jabatan itu.

Wen juga cuba mendapatkan enjin pesawat awam daripada broker yang berpangkalan di AS, katanya.

Dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun kerana konspirasi melanggar undang-undang sekatan AS. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here