Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Jangkitan Helicobacter pylori (H. pylori) adalah salah satu punca utama gastrik dan masalah berkaitan perut lain. Bakteria ini merosakkan lapisan pelindung mukosa perut, menyebabkan keradangan yang dikenali sebagai gastrik.
Apa itu H.pylori? H.pylori adalah sejenis bakteria yang hidup di dalam perut dan usus kecil manusia. Ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk:
1. Gastritis – keradangan pada dinding perut.
2. Ulser perut – luka pada lapisan perut atau duodenum.
3. Kanser perut – walaupun jarang, jangkitan H. pylori boleh meningkatkan risiko ini.
Adakah anda tahu bagaimana ia tersebar? H. pylori biasanya tersebar melalui makanan atau air yang tercemar serta sentuhan langsung dengan air liur, muntah, atau najis orang yang dijangkiti.

Antara gejala jangkitan H. pylori adalah:
- Sakit perut terutamanya apabila perut kosong
- Kembung perut
- Rasa loya atau muntah
- Hilang selera makan
- Berat badan menurun
Rawatan jangkitan H. pylori biasanya dirawat menggunakan kombinasi antibiotik dan ubat untuk mengurangkan asid perut seperti proton pump inhibitor (PPI).
Jika anda mempunyai gejala yang disebutkan, anda disarankan untuk berjumpa doktor untuk ujian dan rawatan di klinik atau hospital berdekatan anda.
IMedikel TV






