Home Segmen Kesihatan SENAMAN RINGAN IBU MENGANDUNG

SENAMAN RINGAN IBU MENGANDUNG

132
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Senaman bukan sahaja digalakkan untuk individu yang bersukan sahaja, namun ibu mengandung juga boleh melakukannya bagi memastikan kesihatan diri dan bayi dalam kandungan.

Malahan, ibu yang aktif secara fizikal berpeluang mempunyai kandungan yang lebih sihat, mengurangkan komplikasi tekanan darah tinggi dan diabetes selain memudahkan proses kelahiran.

Meskipun ramai ibu mengandung risau akan risiko senaman ringan tetapi sebenarnya ia tidak membahayakan kandungan.

Ini kerana terdapat senaman ringan yang khusus untuk membantu ibu mengandung mengurangkan sakit belakang, menguatkan tenaga dan mengekalkan berat badan yang sihat.

Antara senaman yang selamat untuk dilakukan adalah:

1.Berjalan kaki

2.Yoga prenatal

3.Berenang

4.Latihan regangan ringan

5.Senaman kegel

Bagi pengetahuan umum, risiko aktiviti senaman ini hanya timbul sekiranya dilakukan secara berlebihan sehingga boleh mencederakan otot dan sendi yang lemah contohnya seperti senaman berat seperti lompatan dan angkat berat.

Walaubagaimanapun, ibu mengandung perlu sentiasa memantau tubuh mereka dan berhenti segera sekiranya terasa ketidakselesaan seperti pening, sakit perut, atau sesak nafas.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here