Home Sukan IPSWICH LAKAR KEMENANGAN PERTAMA DI EPL, KEJUTKAN SPURS

IPSWICH LAKAR KEMENANGAN PERTAMA DI EPL, KEJUTKAN SPURS

167
0

LONDON: Ange Postecoglou berkata adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menyelesaikan masalah konsistensi pasukan Tottenham selepas mereka mengalami kekalahan mengejut 1-2 di tempat sendiri kepada Ipswich awal pagi tadi.

Kemenangan sepatutnya membawa Spurs ke tempat keempat, tetapi sebaliknya mereka tergelincir ke tangga ke-10 selepas gagal bangkit daripada permulaan perlawanan.

Ipswich meraikan kemenangan Liga Perdana pertama mereka dalam 22 tahun hasil daripada gol yang terhasil pada separuh masa pertama daripada Sammie Szmodics dan Liam Delap.

Rodrigo Bentancur merapatkan jurang gol pada separuh masa kedua, namun sudah terlewat.

“Ia sangat mengecewakan dan dari perspektif saya, tidak boleh diterima, kerana kami memulakan perlawanan tidak bukan pada tahap yang kami perlukan.

“Kami meletakkan diri kami dalam masalah. Pada separuh masa kedua, kami mempunyai kelebihan dan peluang yang cukup untuk menyelesaikan tugas, tetapi kami tidak melakukannya dengan baik,” kata Postecoglou.

Kekalahan ini meneruskan musim kedua yang penuh naik turun bagi bekas pengurus Australia itu.

Satu kemenangan daripada empat perlawanan pembukaan diikuti dengan lima kemenangan berturut-turut, termasuk kemenangan 3-0 yang mengagumkan di Manchester United. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here