Skopje: Yaroslava Mahuchikh dan Armand Duplantis dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Eropah 2024 pada malam anugerah Trek Emas di Skopje, Republik Macedonia Utara.
Yaroslava dan Duplantis kedua-duanya memenangi gelaran Eropah dan Olimpik di Paris serta mencatat rekod dunia dalam acara masing-masing pada tahun 2024.
Kebetulan, kedua-dua pemenang juga adalah pemenang anugerah Bintang Sedang Meningkat Naik sebelum ini, yang mengiktiraf atlet muda paling cemerlang di Eropah.
Pemenang Bintahun ini adalah Adriana Vilagos dari Serbia, pemenang perak dalam acara merejam lembing Eropah, dan Niels Laros dari Belanda, yang menduduki tempat keenam dalam acara 1500 meter (m) Olimpik.
Anugerah berkenaan diadakan di rumah Opera dan Balet Nasional di bandar itu dan dihadiri oleh Perdana Menteri Republik Macedonia Utara, Hristijan Mickoski.
Acara ini juga disiarkan secara nasional dan disiarkan secara langsung di saluran YouTube European Athletics.
Yaroslava menggondol anugerah berkenaan buaty kali pertama, mengalahkan rakan-rakan juara Eropah dan Olimpik yang lain seperti Keely Hodgkinson dan Femke Bol, yang juga Atlet Eropah Tahun 2022 dan 2023.
Atlet lompat tinggi itu mempertahankan gelaran Eropahnya di Rom sebelum melengkapkan koleksi pingat emas utama dalam di Sukan Olimpik Paris 2024 pada usia 22 tahun.
Namun, pencapaian terbesarnya mungkin berlaku sebulan sebelumnya di Liga Berlian di Paris di mana Yaroslava mencipta rekod dunia, melakukan lompatan 2.10m di Stadium Charlety untuk mengatasi pencapaian Stefka Kostadinova (2.09m), yang ditetapkan pada Kejohanan Dunia 1987 di Rom.
Duplantis dari Sweden dinobatkan sebagai atlet terbaik lelaki secara tunggal buat kali pertama di mana sebelumnya berkongsi anugerah bersama Jakob Ingebrigtsen pada 2022.
Pasangan itu juga berkongsi trofi Bintang Sedang Meningkat Naik pada 2018.
Duplantis tersenarai untuk anugerah itu bersama juara Olimpik 5000m dan pemegang rekod dunia 3000m, Ingebrigtsen, serta juara lompat jauh Olimpik dan Eropah dari Greece, Miltiadis Tentoglou, menjadikan senarai finalis tahun ini mungkin yang terkuat dalam sejarah anugerah.
Duplantis mencatat salah satu musim terbaik dalam sejarah sukan, mempertahankan gelarannya di Kejohanan Dalam Dewan Dunia, Kejohanan Eropah dan Sukan Olimpik, serta mencatat rekod dunia 6.24m, 6.25m dan 6.26m sepanjang musim tanpa kalah, baik dalam dalam dewan mahupun terbuka.
Duplantis menamatkan musim panas dengan memiliki lapan lonjakan terbaik musim ini. – AGENSI, HMetro –
IMedikel TV






