Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Pernahkah anda berasa tiba-tiba berasa pening atau melihat keadaan sekeliling berpusing sama ada semasa berdiri mahupun duduk?
Ada sesetengah individu yang mengalami keadaan seperti itu sehingga berasa mual atau loya.
Menurut Dr Nur Syuhyada Zulkifli melalui doctoroncall, gejala yang dialami itu sama ada pening kepala semasa tunduk, boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Dehidrasi (kurang minum air)
- Tekanan darah rendah
- Tahap gula darah rendah
- Ketidakseimbangan elektrolit
- Penyakit jantung iskemia
- Ketidakseimbangan hormon (masalah kelenjar)
- Gangguan saluran darah
- Gangguan saraf

Jika pening berulang secara kerap atau diiringi dengan gejala lain seperti penglihatan kabur, sakit dada, atau kesukaran bernafas, disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan segera bagi memastikan tiada masalah kesihatan yang lebih serius.
IMedikel TV






