Home Luar Negara BOT TUNDA SAMPAH DI BALI

BOT TUNDA SAMPAH DI BALI

179
0

Beliau menganggarkan bot itu akan mengutip sehingga 1,000 tan sisa setiap tahun.

Bourgnon mengasaskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) SeaCleaners pada 2016, selepas melakukan pelayaran solo ke seluruh dunia dan menyaksikan sendiri krisis plastik lautan.

Beliau berharap Mobula 8 akan menjadi idea yang ditiru semula di tempat lain dan berkata, impiannya untuk menggerakkan ribuan bot seperti itu.

“Apabila saya belayar di sepanjang pulau Bali pada 2014, saya mendapati ini sebuah pulau yang indah, tetapi saya kecewa dengan pencemaran plastik,” katanya.

“Saya berjanji untuk kembali ke sini dengan penyelesaian,” katanya.

Pencemaran plastik mengancam kepupusan spesies marin dan mikroplastik kini menjadi sebahagian daripada rantaian makanan, dengan kumpulan alam sekitar memberi amaran mengenai kesan teruk kepada kehidupan dan bumi.

Pantai indah di Bali sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipenuhi sampah, memuncak ketika musim tengkujuh, aliran air membawa pencemaran dari pulau Jawa yang bersebelahan.

Sumber: BH Online & Reuters

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here