Home Segmen Kesihatan RAWAT MULUT BERBAU

RAWAT MULUT BERBAU

183
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ada dalam kalangan kita mempunya masalah nafas  atau mulut berbau dan tanpa kita sedari orang di sekeliling cuba menghindarkan diri daripada mendekati kita.

Menurut portal myhealth nafas atau mulut berbau yang tidak menyenangkan seseorang disebut halitosis dalam istilah perubatan. Nafas berbau boleh mengakibatkan seseorang merasa malu dan rendah diri.

Biasanya masalah tersebut berlaku akibat dari tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut.

Halitosis biasanya berlaku pada saat bangun tidur kerana pada waktu itu pH air liur lebih berasid, kurang aktiviti mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran mulut amat sesuai untuk aktiviti pembiakan bakteria.

Bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak atau busuk.

Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, gusi, lidah dan di celah-celah gigi palsu.

Apakah perkara yang boleh mengakibatkan nafas atau mulut berbau?

  • Merokok
  • Pengambilan makanan dan minuman yang berbau atau kandungan gula yang tinggi seperti petai, jering, durian, bawang putih atau minuman beralkohol
  • Penggunaan gigi palsu
  • Penyakit gigi dan gusi
  • Penyakit paru-paru dan sinus yang kronik
  • Pembengkakkan tonsil atau adenoids
  • Jangkitan candidiasis dalam mulut dan lidah
  • Penyakit diabetis yang tidak terkawal
  • Penyakit kegagalan fungsi hepar
  • Penyakit kegagalan fungsi ginjal
  • Apa patut anda lakukan sekiranya mempunyai masalah ini?
  • Membersihkan gigi dan mulut setiap hari
  • Membersihkan lidah setiap hari
  • Minumlah air
  • Elakkan mengguna pencuci mulut yang mempunyai alcohol
  • Mengunyah gula getah tanpa gula
  • Memeriksa gigi anda jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang (gingivitis, periodontal problem)

Ini adalah antara tanda-tanda penyakit gusi iaitu:

  • Gusi yang bengkak dan merah
  • Gusi yang senang berdarah apabila disentuh
  • Gusi yang sakit
  • Nanah keluar dari gusi yang bengkak
  • Gigi bergoyang
  • Gigi sensitive
  • Sakit pada gigi ketika mengunyah
  • Terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)

Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika gigi berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius.

Doktor gigi boleh mengesan lebih awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan secara berkala sekurang kurangnya setahun sekali

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here