Home Luar Negara SUAMI GUNA DRON UNTUK BONGKAR ‘SKANDAL’ ISTERI

SUAMI GUNA DRON UNTUK BONGKAR ‘SKANDAL’ ISTERI

193
0

BEIJING: Seorang suami curiga dengan kesetiaan isterinya, bertindak menggunakan dron yang akhirnya dapat membongkar kecurangan pasangannya itu menjalinkan hubungan sulit bersama lelaki lain di lereng bukit terpencil di China.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan lelaki berusia 33 tahun bernama Jing itu memulakan misi pengawasan berteknologi tinggi selepas isterinya bersikap dingin terhadapnya tahun lalu.

Kadang-kadang si isteri sengaja mengabaikannya, kata Jing, yang tinggal di Shiyan di wilayah Hubei tengah, lapor akhbar Net Ease.

Beberapa peristiwa luar biasa dalam kehidupan isterinya, seperti perubahan kedudukannya di tempat kerja dan kekerapan mahu keluar melawat ibu bapa, meningkatkan kebimbangan Jing.

Jing yang curiga memutuskan untuk menggunakan dron untuk mengesan pergerakan isterinya.

Rakaman pengawasan mendedahkan bahawa isterinya bernama Wu itu menaiki kereta ke sebuah gunung terpencil.

Di sana, dia dilihat berjalan berpegangan tangan dengan lelaki lain dan menghilang ke dalam sebuah rumah usang.

Kira-kira 20 minit kemudian, mereka berjalan keluar dari rumah itu dan memandu ke kilang tempat Wu bekerja.

Jing berkata, bukti yang dia kumpul dari dron itu akan digunakan untuk mendapatkan perceraian.

“Lelaki bersama isteri saya itu adalah bos isteri saya. Padahal isteri bos Wu juga bekerja di kilang yang sama sehingga menyusahkan mereka untuk menjalinkan hubungan sulit di sana. Jadi mungkin isteri saya terpaksa berjumpa dengan bosnya di ‘tempat selamat’,” kata Jing.

Pembohongan isteri yang tidak setia yang didedahkan melalui dron itu mencetuskan banyak minat di media sosial tanah besar sehingga trend menjejaki pasangan curang menggunakan dron menjadi tular.

Kes luar biasa membabitkan penggunaan dron juga menjana banyak minat orang ramai di China, sebagai kemudahan lain.

Pada April 2022 apabila Shanghai diletakkan di bawah sekatan ketat Covid-19, seorang lelaki menghantar penghantaran dron dengan keperluan harian seperti ikan dan sayur-sayuran kepada jirannya yang tinggal di bangunan tinggi. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here