Home Buletin Semasa IMIGRESEN TAHAN 56 WARGANEGARA ASING DI LIMA RUMAH URUT BUKIT BINTANG

IMIGRESEN TAHAN 56 WARGANEGARA ASING DI LIMA RUMAH URUT BUKIT BINTANG

286
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia menahan 56 orang warganegara asing di lima premis rumah urut di sekitar Bukit Bintang menerusi operasi penguatkuasaan pada 10 Julai lalu.

Menurut kenyataan media Jabatan Imigresen Malaysia, tahanan terdiri daripada warganegara Bangladesh, Myanmar, Thailand dan Sudan berusia antara 20 hingga 50 tahun.

Dalam operasi pada jam 9.30 malam itu, pihak imigresen turut menahan dua warganegara tempatan yang dipercayai penjaga premis terbabit dan kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, pasukan operasi mengalami sedikit kesukaran untuk bergerak ke lokasi sasaran berikutan premis dua tingkat berada di tengah pusat bandar yang sesak dengan kehadiran kenderaan dan pelancong.

Difahamkan, tindakan penguatkuasaan itu adalah susulan aduan orang awam berhubung warganegara asing yang disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral dan berselindung di sebalik perkhidmatan rumah urut tanpa memiliki Pas dan dokumen pengenalan diri yang sah.

Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tempoh tempat tinggal sudah luput, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Bagaimanapun, Jabatan akan terus mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here