Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Pencapaian yang cukup membanggakan kepada anak muda, di sini, atas pencapaian yang cukup membanggakan dalam sukan petanque.

Pingat gangsa di Asian Championship Kuala Lumpur (Malaysia) 2023.
Anak kelahiran Pasir Mas, Mohamad Muiz Ezham Mohd Rizan, 17, berkata dia bermain sukan itu sejak berumur 9 tahun.
Anak kedua dari daripada enam beradik ini, berkata dia pernah mewakili Malaysia ke peringkat World Championship 2023 di Bangkok Thailand.

Mohamad Muiz Ezham memenangi pingat gangsa di Asian Championship 2022, Bangkok.
“Saya memang minat bersukan khususnya petanque. Selain petanque saya juga bermain sukan lain seperti badminton, tetapi lebik fokus kepada petanque,”katanya.

Pingat gangsa di Asian Championship Kuala Lumpur (Malaysia) 2023.
Pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) ini berkata, dia sudah beberapa kali memenangi pertandingan sukan petanque.
Katanya dia memenangi pingat perak di Sukan Malaysian (SUKMA) 2022, Asian Championship 2022, Bangkok dengan memenangi pingat gangsa acara shooting, pingat perak di Sea Games Cambodia 2023 dalam acara mixed triple, manakala pingat perak acara triple dan gangsa dalam acara shooting di Asian Championship Kuala Lumpur (Malaysia) 2023.
“Pesanan saya kepada rakan-rakan belia di luar sana agar belia dan anak muda menyertai aktiviti sukan termasuk petanque.
“Belia perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan suatu kejayaan dan membanggakan ibu bapa, negeri kelahiran dan juga negara,”katanya.

Mohamad Muiz Ezham menerima plaque penghargaan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Baru-baru Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi menyampaikan plaque penghargaan dan wang tunai kepada Mohamad Muiz Ezham dan dinobatkan sebagai tokoh sukan.
“Saya gembira dan bersyukur kerana dapat penghargaan ini dan saya berharap dapat mencapai pencapaian yang lebih cemerlang di masa akan datang,”katanya.
Imedikel TV






