Home Sukan KAMI KALAH BERMARUAH – MARTINEZ

KAMI KALAH BERMARUAH – MARTINEZ

173
0

HAMBURG: Pengendali Portugal, Roberto Martinez menyifatkan pasukannya tewas bermaruah di tangan Perancis dalam aksi suku akhir Euro 2024 dan berikrar skuad itu akan bangkit lebih kuat.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata, pasukannya mempamerkan prestasi terbaik di Hamburg ketika Perancis membalas dendam atas kekalahan terakhir mereka pada tahun 2016 dengan kemenangan menerusi penentuan penalti 5-3 apabila terikat tanpa jaringan selepas masa tambahan.

“(Kami menunjukkan kami) pasukan yang boleh bersaing dan mahu menang untuk penyokong.

“Kami kalah, tetapi bermaruah, memberikan segala-galanya dengan gaya permainan Portugal,” kata Martinez kepada SportTV.

Martinez berkata prestasi pemain muda pasukan itu akan meningkat hasil daripada pertembungan sengit di Volksparkstadion.

“Pemain kami akan berkembang daripada pengalaman ini. “Persembahan individu, peluang dan bagaimana kami mencipta gerakan berbahaya.

“Ia adalah persembahan yang membuatkan kami melihat masa depan dengan penuh rasa bangga,” katanya.

Martinez turut memuji pemain pertahanan berusia 41 tahun, Pepe, pemain tertua dalam sejarah kejohanan yang kelihatan menangis pada penghujung perlawanan.

“Dia seorang pejuang… apa yang dilakukan Pepe hari ini dan dalam kejohanan itu adalah contoh terbaik,” tambahnya.

Sementara itu, Pepe berkata dia akan bercakap mengenai masa depannya bersama pasukan kebangsaan selepas ini.

“Saya ada masa untuk bercakap mengenai masa depan saya, kami perlu mengatasi kekalahan menyakitkan ini. Kami mempunyai keupayaan untuk memenangi pertandingan,” kata Pepe. – AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here