Home Sukan ANCELOTTI NAFI REAL MADRID TIDAK SERTAI PIALA DUNIA KELAB

ANCELOTTI NAFI REAL MADRID TIDAK SERTAI PIALA DUNIA KELAB

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti hari ini menafikan bahawa pemenang Liga Juara-Juara Eropah itu enggan bermain dalam Piala Dunia Kelab musim depan sambil mendakwa komen dibuatnya kepada akhbar Itali disalah tafsir.

“Dalam temubual saya bersama Il Giornale, apa yang saya kata mengenai Piala Dunia Kelab FIFA tidak ditafsir seperti yang saya mahukan,” kata Ancelotti menerusi aplikasi X.

“Saya tidak pernah berniat untuk menolak kemungkinan bermain dalam kejohanan yang saya rasakan adalah peluang terbaik untuk bertarung merebut gelaran hebat bersama Real Madrid.”

Ancelotti dalam edisi Il Giornale hari ini didakwa berkata “pemain dan kelab tidak akan terbabit” dalam kejohanan baharu itu.

“Satu perlawanan Real Madrid bernilai 20 juta euro dan FIFA mahu memberikan jumlah ini untuk keseluruhan piala,” katanya. “Jadi tidak. Seperti kami, kelab lain pasti akan menolak jemputan ini.”

Real Madrid, yang musim lalu menang gelaran La Liga di bawah kendalian Ancelotti selain Piala Eropah buat kali ke-15 dan gelaran Liga Juara-Juara, juga pantas menafikan dakwaan berkenaan.

“Real Madrid C. F. mengumumkan bahawa tiada persoalan mengenai pembabitan kami dalam Piala Dunia Kelab yang baharu dianjurkan FIFA pada musim 2024/2025,” kata kelab itu di laman sesawangnya.

“Kelab kami akan mengambil bahagian, seperti dirancang, dalam kejohanan rasmi ini dan kami gembira dan teruja untuk terbabit sama dan ia sekali lagi akan memberi inspirasi kepada jutaan peminat kami di seluruh dunia dengan satu lagi trofi.” – AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here