Home Luar Negara TERGAMAK BUANG ANAK TIGA KALI!

TERGAMAK BUANG ANAK TIGA KALI!

145
0

LONDON: Tiga bayi baru lahir yang ditemui ditinggalkan di timur London sejak tujuh tahun lalu semuanya mempunyai ibu bapa yang sama.

Metro UK melaporkan, Elsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik berumur kurang sejam ketika ditemui dalam beg beli-belah oleh pejalan kaki yang membawa anjing dalam suhu dingin di Newham pada malam 18 Januari lalu

Ujian DNA (asid deoksiribonukleik) menunjukkan Elsa mempunyai adik beradik lelaki, dikenali sebagai Harry dan Roman, yang ditemui ditinggalkan dalam keadaan yang sama di kawasan yang sama di ibu negara pada 2017 dan 2019.

Ibu bapa bayi itu masih belum dikenal pasti, walaupun rayuan dari Scotland Yard dan hakim kini memberikan kebenaran khas untuk hubungan kekeluargaan antara kanak-kanak itu dilaporkan serta diberi liputan.

Detektif percaya seorang wanita yang dilihat di kawasan itu sejurus sebelum Elsa ditemui mungkin mempunyai maklumat penting.

Wanita itu memakai kot besar berwarna gelap dengan selendang berwarna terang di lehernya, dan membawa beg galas.

Hakim Mahkamah Keluarga East London, Carol Atkinson memerintahkan menarik balik sekatan pelaporan kerana dengan cara itu boleh membantu dalam mengenal pasti ibu bapa kandung bayi itu.

“Adalah kepentingan yang besar untuk orang tahu bahawa ada ibu dan bapa di luar sana yang berasa satu keperluan untuk ‘melepaskan’ anak mereka dengan cara ini, tiga kali! dan itu menarik minat saya.

“Jika saya menyekat hak ini dan pelaporan ceritanya, saya fikir ia memberi kesan kepada kesedaran orang ramai mengenai perkara seperti ini, ia menyekat keterbukaan keadilan,” katanya.

Walaupun wartawan biasanya boleh menghadiri prosiding mahkamah keluarga, sekatan pelaporan yang ketat mengehadkan apa boleh diterbitkan untuk melindungi kerahsiaan mereka yang terbabit.

Hakim boleh menetapkan butiran yang mungkin dilaporkan di bawah Perintah Ketelusan, dengan wartawan juga dibenarkan mengakses beberapa dokumen. – AGENSI, HMetro Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here