Home Sukan FINLAND UJI KECEKALAN PORTUGAL

FINLAND UJI KECEKALAN PORTUGAL

146
0

LISBON: Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes hadir dari bangku simpanan untuk meledak dua gol sekali gus membantu persiapan Portugal menjelang Euro 2024 dengan kemenangan 4-2 ke atas Finland awal pagi tadi.

Portugal hadir tanpa kapten Cristiano Ronaldo yang berehat sebelum melapor diri esok menjelang Kejohanan Eropah kali keenam buatnya, jadi pengurus Roberto Matinez menurunkan skuad berbeza yang mendominasi sejak mula.

Pertahanan Ruben Dias memberikan tuan rumah gol pendahuluan dengan tandukan padu pada minit ke-17 sebelum Diogo Jota melebarkan kelebihan mereka menerusi sepakan penalti selepas Francisco Conceicao dikasari dalam kawasan penalti pada masa kecederaan babak pertama.

Fernandes, seorang daripada pemain gantian ketika rehat, meledak masuk gol ketiga Portugal menerusi sepakan lencong ke penjuru gol lawan dari dalam kotak penalti pada minit ke-55.

Pemain gantian Finland, Teemu Pukki mengambil kesempatan susulan kealpaan benteng Portugal untuk menyumbat dua gol dalam tempoh lima minit sekali gus membantu pasukannya kembali bersaing.

Bagaimanapun, Fernandes mengambil alih dan memastikan kemenangan dengan jaringan jarak dekat pada minit ke-84.

Portugal berdepan Croatia Sabtu ini dan Ireland minggu depan bagi aksi pemanas badan terakhir sebelum memulakan kempen Euro 2024 pada 18 Jun menentang Republik Czech dalam Kumpulan F. Mereka turut bertemu Turkiye dan Georgia di peringkat kumpulan. – REUTERS,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here