Home Sukan BILBAO JULANG PIALA RAJA SEPANYOL

BILBAO JULANG PIALA RAJA SEPANYOL

126
0

SEVILLE, Sepanyol: Athletic Bilbao menewaskan Mallorca 4-2 menerusi penentuan penalti awal pagi tadi untuk menjuarai Piala Raja Sepanyol buat kali ke-24 dan yang pertama sejak 1984 – menamatkan kemarau trofi kejuaraan selama 40 tahun pada aksi final mendebarkan di Seville.

Athletic mengalami kekecewaan sejak beberapa tahun kebelakangan, sesudah tumpas dalam enam final Piala Sepanyol berturut-turut serta final Liga Europa di tangan Atletico Madrid pada 2012.

Penjaga gol mereka yang berusia 23 tahun, Julen Agirrezabala, yang melakukan beberapa tindakan penyelamat mengagumkan ketika perlawanan, menyelamatkan satu sepakan penalti ketika penentuan penalti daripada pemain Mallorca, Manu Morlanes manakala percubaan Nemanja Radonjic melepasi palang.

Pengambil sepakan penalti Athletic bagaimanapun tidak melakukan kesilapan apabila menjaringkan empat penalti berturut-turut bagi memastikan kemenangan.

“Kami melakar sejarah! Saya sudah lama mengimpikan mengenai kejuaraan ini. Saya sudah memberikan segala-galanya buat keluarga saya, rakan saya,” kata pemain terbaik perlawanan Nico Williams penuh emosi kepada TVE.

“Penyokong sering bersama kami dan mereka berhak meraikannya, ayuh nikmati kejayaan ini. Ia satu impian untuk menang bersama kelab sepanjang hayat saya. Setiap orang boleh berseronok dan meraikannya sekarang!”

Perlawanan itu berakhir 1-1 selepas masa tambahan.

Sekalipun Bilbao mendominasi dengan hampir 70 peratus pegangan bola, Dani Rodriguez melencongkan satu percubaan menarik pada minit ke-21 untuk membolehkan Mallorca mendahului.

Namun Ohian Sancet menyamakan kedudukan pada minit ke-50 sebelum Bilbao melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol Mallorca bagi mencari gol kemenangan.

Ia bagaimanapun disia-siakan, terlepas peluang untuk meledak gol kemenangan lewat aksi termasuk percubaan Williams terkena tiang pada masa tambahan. – REUTERS,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here