LONDON: Ibu Andy Murray, Judy tanpa disangka muncul pilihan mengejut untuk menjadi jurulatih Novak Djokovic.
Pemain nombor satu dunia Djokovic, 36, berpisah dengan Goran Ivanisevic minggu lalu selepas enam tahun bekerjasama susulan hubungan bermasalah kedua-duanya bermula awal 2024.
Dia kini dilaporkan sedang menimbang untuk mendapatkan bantuan Judy Murray yang anaknya menjadi musuh ketat bintang Serbia itu bertahun-tahun lamanya.
Hasratnya itu mungkin boleh menjadi kenyataan selepas Andy yang mengalami kecederaan serius di Terbuka Miami membayangkan kariernya sebagai pemain bakal berakhir tidak lama lagi.
Ibu Andy yang berusia 64 tahun adalah jurulatih sangat dihormati yang mengetuai pasukan Piala Fed Great Britain bermula 2011-2016 selain menjadi jurulatih di pelbagai peringkat.
Walaupun memenangi 64 gelaran pada 1970-an, dia menolak beraksi sebagai pemain profesional selepas dirompak di Barcelona dan sukar berjauhan dengan keluarga. – AGENSI, HMetro Online –
IMedikel TV






