Home Sukan RICHARLISON KEMURUNGAN SELEPAS PIALA DUNIA

RICHARLISON KEMURUNGAN SELEPAS PIALA DUNIA

175
0

LONDON: Penyerang Brazil, Richarlison mendedahkan dia bergelut dengan kemurungan selepas kekalahan pasukan negaranya kepada Croatia pada suku akhir Piala Dunia 2022 dan pernah memikirkan untuk bersara sahaja.

Richarlison, yang kini beraksi bersama Tottenham Hotpsur, berkata pada November lalu dia akan mendapatkan bantuan psikologi selepas dia dilihat menangis di bangku simpanan apabila digantikan ketika kemenangan 5-1 Brazil ke atas Bolivia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Pemain berusia 26 tahun itu, yang beraksi 48 kali bersama Brazil, menggesa pemain supaya mendapatkan bantuan bagi menangani isu kesihatan mental.

“Saya bermain pada Piala Dunia, di kemuncak prestasi saya,” kata Richarlison kepada ESPN Brasil.

“Saya sudah sampai ke tahap saya. Saya tidak tahu, saya tidak mahu bercakap mengenai membunuh diri tetapi saya mengalami kemurungan di sana dan saya mahu berputus asa.

“Sekalipun saya dilihat kuat secara mental. Selepas Piala Dunia, ia kelihatan semuanya jatuh berkecai.”

Sesudah bergelut pada awalnya di Spurs, Richarlison kini menjaringkan 11 gol dalam 26 penampilan musim ini.

“Sebelum pergi ke sesi latihan, saya mahu pulang, saya mahu kembali ke bilik saya kerana saya tidak tahu apa yang berada dalam fikiran saya,” katanya. “Malah saya pergi memberitahu bapa saya mahu berputus asa.

“Ia satu perbualan yang menyedihkan sebegitu. Apa yang saya lalui selepas Piala Dunia… Untuk pergi berjumpa bapa saya, lelaki yang memburu impian saya bersama saya dan berkata, “Ayah, saya mahu bersara, ia gila.”

Dia berkata, pergi mendapatkan khidmat terapi satu keputusan terbaik yang dilakukannya.

“Saya fikir pakar terapi, suka atau tidak, menyelamatkan saya, menyelamatkan kehidupan saya. Saya hanya berfikir benda kotor… Jika anda perlukan pakar psikologi, jumpalah kerana ia ternyata bagus untuk anda,” kata Richarlison.

– REUTERS,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here