Home Luar Negara LELAKI MAUT DIBAHAM SINGA KETIKA MAHU BERSWAFOTO

LELAKI MAUT DIBAHAM SINGA KETIKA MAHU BERSWAFOTO

185
0

ANDHRA PRADESH: Seorang lelaki berusia 30-an maut dibaham singa di sebuah zoo di India selepas dia melompat ke dalam kurungan untuk berswafoto dengan haiwan buas itu.

Prahlad Gujjar, yang berasal dari Rajasthan di utara India, memanjat pagar Taman Zoologi Sri Venkateswara di wilayah Andhra Pradesh pada Khamis, biarpun diberi amaran oleh penjaga zoo supaya menjaga jaraknya.

“Pemerhati yang bertugas memberi amaran kepadanya supaya tidak mendekati kandang yang mempunyai dinding setinggi 1.2 meter dan pagar besi setinggi 1.8 meter.

“Namun, Prahlad dengan sengaja menghampiri kandang dan kemudian masuk ke dalamnya,” kata penjaga zoo, C Selvam, kepada akhbar The Times of India.

Jurucakap polis, Thameem Ahmed, pula berkata Gujjar memasuk melewati kawasan bukan kunjungan awam dan melompat ke dalam kandang itu kira-kira jam 2.30 petang.

Singa itu, yang diberi nama Dongalpur, menyerang lelaki berkenaan sebelum penjaga zoo cuba bertindak balas.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan bedah siasat ke atas mayat Gujjar dan dilaporkan sedang meneliti sama ada dia mabuk ketika kejadian, menurut akhbar British, Daily Mail.

Ahmed berkata, Gujjar melawat zoo itu seorang diri dan keluarganya sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Dongalpur, salah satu daripada tiga singa di zoo berkenaan, sudah dipindahkan dari sangkarnya itu dan diletakkan di bawah pemerhatian.

“Kami sudah mengambil langkah berjaga-jaga yang terbaik untuk mengelakkan tragedi seperti ini. Kami akan mengkaji semula langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kejadian seperti itu pada masa hadapan,” kata Selvam. – AGENSI, BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here