Jenin, PALESTIN: Operasi dilancar di bawah pemerintahan perdana menteri benjamin netanyahu itu menyasarkan utara bandar jenin dan terbesar di tebing barat setakat ini dengan penggunaan kenderaan berperisai, jentolak tentera dan dron.
Sejak bermulanya operasi pada awal pagi isnin, kira-kira 3,000 penduduk sudah meninggalkan tempat tinggal di kem pelarian jenin, kata timbalan gabenor jenin, kamal Abu Al-Roub kepada AFP.
Beliau berkata, persiapan sedang dibuat untuk menempatkan mereka di sekolah dan pusat perlindungan lain di bandar jenin.

Wartawan AFP memaklumkan pertempuran dan letupan menggegarkan bandar dan kem pelarian bersebelahan, yakni kubu kuat pejuang yang menempatkan kira-kira 18,000 orang, sementara rakyat palestin membaling batu ke arah tentera.
Pengarah bulan sabit merah palestin di jenin, mahmoud al-saadi pula berkata, “terdapat pengeboman dari udara dan pencerobohan darat.”
Katanya beberapa rumah dan tapak telah dibom serta asap naik dari mana-mana.
Menurut kementerian kesihatan palestin, sembilan orang terbunuh dan 100 lagi cedera termasuk 20 daripadanya parah dalam insiden itu yang menyaksikan peningkatan berbanding tujuh kematian ketika serangan, dua minggu lalu.
Netanyahu dalam kenyataan memaklumkan tentera israel berada di ‘sarang pengganas di Jenin’ sedang ‘memusnahkan pusat perintah dan merampas senjata yang banyak.’
Kementerian luar palestin pula menyifatkan penambahan serangan itu sebagai ‘perang terbuka terhadap penduduk jenin.’
Sumber: HMetro Online & AFP
Imedikel TV






