Home Luar Negara AS KECAM TAWARAN HABUAN HONG KONG

AS KECAM TAWARAN HABUAN HONG KONG

172
0

Washington, AMERIKA SYARIKAT: Jurucakap jabatan negara AS, Matthew Miller dalam satu kenyataan, berkata AS mengecam tindakan mengeluarkan habuan wang oleh pasukan polis hong kong” terhadap lapan aktivis itu.”

Penggunaan luar wilayah undang-undang keselamatan negara yang dikenakan Beijing adalah contoh berbahaya yang mengancam hak asasi dan kebebasan asasi manusia di seluruh dunia,” tambahnya, sambil berkata china terbabit dalam “usaha penindasan transnasional.”

“Kami menyeru kerajaan hong kong untuk menarik balik tawaran itu dengan segera dan menghormati kedaulatan negara lain, dan menghentikan penegasan antarabangsa mengenai undang-undang keselamatan negara yang dikenakan oleh beijing.”

Kesemua lapan aktivis didakwa bersubahat dengan kuasa asing untuk membahayakan keselamatan negara, satu kesalahan yang membawa hukuman penjara sehingga seumur hidup.

Human Rights Watch (HRW) turut mengeluarkan kenyataan dari ibu pejabatnya bahawa tawaran itu sebagai “tidak berasas” dan perluasan “kempen ugutan politik china di luar sempadannya.”

Pengarah sekutu asia HRW, maya wang, dalam satu kenyataan, berkata kerajaan Hong Kong semakin berusaha keras untuk menganiaya perbezaan pendapat secara aman di dalam Hong Kong dan di luar negara.

“Menawarkan habuan rentas sempadan adalah cubaan lemah untuk menakut-nakutkan aktivis dan wakil rakyat di luar hong kong yang bersuara untuk hak rakyat menentang penindasan beijing yang semakin meningkat.”

Sumber: BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here